MENU

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERINGKAT DAERAH SEGAMAT DAN KEMPEN JALUR GEMILANG 2013

        Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan diberi mandat mengerakkan program sambutan di peringkat nasional. Pengerusi Jawatankuasa Sambutan, Datuk Seri Haji Mohd. Shafie Haji Apdal berkata, selaras dengan amalan perbelanjaan berhemah, peruntukan RM20 juta telah diluluskan kerajaan bagi acara utama Semarak Merdeka seperti Kempen Jalur Gemilang, program keagamaan, perayaan Ambang Merdeka dan Perbarisan Hari Kebangsaan.


Selaras dengan itu, Program Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Daerah Segamat ini telah diadakan serentak dengan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang pada 17 Ogos 2013 di Dataran Segamat. Program telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Mohd Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor.Turut menghadirkan diri ialah wakil-wakil rakyat sekitar Segamat antaranya, YB Anuar Bin Abd Manap(Ahli Perlimen Sekijang), YB Datuk Ayub Bin Rahmat (ADUN Kawasan Kemelah), YB Norshida Binti Ibrahim (ADUN Buloh Kasap), YB Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis),YB Azhar Bin Ibrahim (ADUN Tenang), Ahli-Ahli Majlis Daerah Segamat dan wakil dari pejabat-pejabat kerajaan dan swasta sekitar Segamat.


Terdapat pelbagai gerai yang menyediakan aneka jenis hidangan antaranya, sate, nasi beriani, laksa, nasi tomato dan sebagainya.


Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA