MENU

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) BAGI PEMBUKAAN OPERASI PASAR MALAM, PASAR SEHARI, PASAR TANI, PASAR PAGI, PASAR LAMBAK DAN BAZAR KARAT DI DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) TAHUN 2020 DI DALAM KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT

Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah bersetuju untuk membenarkan pembukaan operasi pasar malam, pasar sehari, pasar tani, pasar pagi, pasar lambak dan bazar karat berkuat kuasa bermula pada 01 Julai 2020 secara berperingkat di lokasi terpilih di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Syarat-syarat yang terkandung di dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) ini hendaklah dipatuhi oleh peniaga dan pengunjung sepanjang pembukaan operasi pasar malam, pasar sehari, pasar tani, pasar pagi, pasar lambak dan bazar karat berkenaan. Ia merupakan langkah-langkah di dalam mencegah penularan wabak virus korona (COVID-19) bagi setiap aktiviti yang dibenarkan beroperasi di dalam kawasan Majlis Perbandaran Segamat.

Prosedur Operasi Standard (SOP)- prosedur_operasi_standard_pasar_malam.pdf

 


STATUS BAYARAN LESEN PENJAJA BERGERAK / PENJAJA STATIK

Berkuatkuasa 01 September 2018, semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor telah bersetuju bagi perlaksanaan Pengecualian Bayaran Lesen Penjaja di seluruh Negeri Johor yang menitikberatkan kebajikan golongan peniaga kecil.

Namun, pengecualian bayaran hanyalah pada FEE LESEN SAHAJA. Caj-caj lain seperti proses permohonan, caj perkhidmatan kebersihan, deposit kebersihan, patil dan apron masih perlu dibayar dan tidak dikecualikan.

Sehubungan itu, semua bayaran caj-caj lain hanya boleh dikeluarkan di pejabat utama Majlis Perbandaran Segamat dan tidak dapat dilaksanakan di kaunter Bayaran Pusat Kecil sediaada.

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi BAHAGIAN PELESANAN MPS di talian 07-9314455 (sambungan 126) atau hadir terus ke Kaunter 7, Jabatan Penguatkuasaan dan Pelesenan, Majlis Perbandaran Segamat.

 


PEMBAHARUAN PENGURUSAN PENGELUARAN LESEN MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT MULAI TAHUN 2019

Dimaklumkan bahawa, pihak Majlis Perbandaran Segamat telah memutuskan untuk melaksanakan pengurusan pengeluaran lesen yang baru mengikut tahunan semasa dengan tempoh sah laku lesen sehingga 31 Disember setiap tahun.

Tempoh pembaharuan lesen adalah bermula pada 1 Januari sehingga 31 Mac setiap tahun. Sekiranya pembaharuan lesen dibuat selepas tempoh tersebut sehingga 30 April setiap tahun, denda sebanyak dua (2) kali ganda daripada kadar bayaran lesen tahunan akan dikenakan.

Mana-mana lesen yang tidak diperbaharui selepas daripada tempoh itu, pembatalan akaun akan dibuat pada bulan Mei setiap tahun. Sekiranya didapati masih menjalankan perniagaan, tawaran kompaun di bawah undang-undang kecil tred, perniagaan dan perindustrian (MDS) 2017 akan dikenakan dan permohonan baru hendaklah dibuat.

 


JENIS-JENIS LESEN YANG DITAWARKAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT

  1. LESEN PERNIAGAAN KHAS
  2. LESEN PENJAJA BERGERAK / MENETAP / SEMENTARA
  3. LESEN IKLAN
  4. LESEN PASAR MINGGU
  5. LESEN PASAR AWAM
  6. LESEN PASAR MALAM
  7. LESEN ANJING

 

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA