Permit Kain Rentang Dan Banting
Maklumat Umum
Adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 119 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171, atas mana-mana undang kecil yang berkaitan jika seseorang itu menjalankan perniagaan tanpa lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (dlm hal ini Majlis Perbandaran Segamat). Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM 2000.00 atau penjara tidak lebih dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Keperluan Permohonan
Setiap permohonan perlu mengandungi perkara-perkara di bawah :-
1. GAMBAR LAKARAN VISUAL KAIN RENTANG / BANTING BERSAIZ A4
- Saiz Bahasa Melayu hendaklah 30% lebih besar daripada lain-lain bahasa. ( UUK Kecil Iklan MDSU 1982 Sek.3(1) & 3(2).
- Tulisan dalam bahasa melayu / jawi atau bahasa lain adalah dibenarkan.
2. Salinan surat pengesahan penggunaan bahasa iklan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (www.dbpsahbahasa.my)
3. SALINAN PERMIT SEPANDUK DAN SALINAN DEPOSIT SEPANDUK
4. BAYARAN PROSES RM10.00 SETIAP PERMOHONAN