MENU

Lesen Sementara Dan Permit Kaki Lima

Maklumat Umum 
Adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 119 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171, atas mana-mana undang kecil yang berkaitan jika seseorang itu menjalankan perniagaan tanpa lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (dlm hal ini Majlis Perbandaran Segamat).  Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM 2000.00 atau penjara tidak lebih dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.

SENARAI SEMAK PEMOHONAN

  1. Salinan Lesen Perniagaan / Lesen Penjaja Sementara/ Resit Permohonan Lesen
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  3. Bayaran Wang Proses RM10.00

 

SYARAT-SYARAT PERMIT KAKI LIMA

  1. Setiap penggunaan kaki lima premis perniagaan, gerai majlis dan pasar awam dikenakan permit sementara kaki lima.
  2. Semua permohonan baharu dan penyambungan permit kaki lima perlu dibuat di Kaunter Pelesenan.
  3. Sekiranya dalam tempoh pemberian permit sementara kaki lima ini,terdapat aduan atau apa-apa kacauganggu kepada premis berhampiran atau mana-mana orang awam atau persekitaran, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan mengikut peruntukan yang ada dan lesen sementara yang diberikan akan dibatalkan.
  4. Pihak MPS tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kos kerosakan, perpindahan atau kemalangan kepada peniaga, pelanggan atau mana-mana orang awam sekiranya berlaku kemalangan sepanjang tempoh pemberian permit sementara kaki lima ini.
  5. Barangan yang diletakkan mestilah kemas dan tersusun. Pemilik premis juga dikehendaki menyimpan semula barangan jualan ke dalam premis selepas tamat waktu perniagaan.
  6. Sekiranya terdapat barangan yang diletakkan di kaki lima premis tanpa kebenaran MPS ,tindakan penguatkuasaan akan diambil tanpa sebarang notis.
  7. Sebarang syarat-syarat yang dikenakan tertakluk kepada pindaan pihak Majlis dari semasa ke semasa.

borang_permohonan_permit_kaki_lima.pdf

<<kembali>>

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA