MENU

JABATAN PENGURUSAN

[ UNIT AUDIT DALAM ]

 

[ UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) ]

[ UNIT KORPORAT ]

 

[ UNIT UNDANG-UNDANG ]

UNIT AUDIT DALAM

Pengenalan
Unit Audit Dalam telah ditubuhkan pada tahun 2011 yang merupakan satu unit baru dalam Majlis Daerah Segamat (MDS). Unit ini  terdiri daripada  dua orang kakitangan iaitu Penolong Juru Audit (W27) dan Pembantu Juru Audit (W17).

Fungsi

  • Mengkaji tahap kebolehpercayaan dan keberkesanaan sistem kewangan serta kawalan dalaman  organisasi serta memberi nasihat atau pandangan mengenai kawalan dalaman Jabatan;
  • Mengkaji samada aktiviti Jabatan diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
  • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa;
  • Melaporkan hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara – perkara yang telah dibangkitkan;
  • Menbentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalam dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akuan; dan
  • Menyediakan Rancangan Tahunan Audit Dalam dan Laporan Tahunan Audit Dalam.

Objektif 
Menilai, memeriksa, mengesahkan dan melaporkan tahap kepatuhan pengurusan kewangan dan pentadbiran Majlis ke atas Undang-undang, Pekeliling, Peraturan dan Polisi yang telah ditetapkan dari masa ke semasa oleh Pihak yang Berkuasa dan pihak Pengurusan Tertinggi MDS.

  • Menilai, memeriksa dan melaporkan tahap kawalan dalaman yang telah diambil serta dipraktikkan bagi menjaga dan memelihara keselamatan pungutan wang / stor awam dan harta-harta Majlis;
  • Menilai dan memeriksa tahap kecekapan prestasi pengurusan sesuatu aktiviti, program atau projek Majlis yang sedang atau telah dilaksanakan; dan

       Mengemukakan cadangan dan syor penambahbaikan bagi meningkatkan mutu kualiti pengurusan kewangan dan pentadbiran MDS selaras dengan laporan audit hasil daripada penilaian, kajian, pemeriksaan dan pemerhatian yang telah dijalankan.

Piagam Pelanggan

  • Menjalankan pengauditan secara professional dan berkualiti berpandukan standard pengauditan yang diterima umum.
  • Mengeluarkan laporan atau pemerhatian audit yang seimbang dan bebas dalam tempoh sebulan selepas sesuatu pengauditan siap dijalankan.
  • Mengeluarkan laporan atau pemerhatian audit yang tepat, jelas dan senang difahami.
  • Menyediakan Laporan Tahunan Audit Dalam.

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA