h3>JABATAN PENGURUSAN
[ UNIT AUDIT DALAM ] |
||
[ UNIT KORPORAT ] |
UNIT UNDANG-UNDANG
Pengenalan
Unit Undang-undang merupakan suatu unit yang baru diwujudkan pada Januari 2011. Walau bagaimanapun unit ini bukanlah baru di Majlis Daerah Segamat kerana sebelum ini unit undang-undang terletak di bawah Bahagian Undang-undang dan Penguatkuasaan. Kemudian bermula Januari 2011 ia dipisahkan kepada suatu unit yang dinamakan Unit Undang-undang bagi memudahkan dan melicinkan pentadbiran di Majlis Daerah Segamat.
Fungsi
- Memberi khidmat nasihat dan panduan dari segi perundangan kepada pentadbiran dan pengurusan MDS.
- Menggubal, meminda dan mengkaji semua undang-undang yang telah dan akan dikuatkuasakan oleh MDS.
- Menjalankan pendakwaan bagi kes-kes Majlis dan mengendalikan kes-kes sivil terhadap Majlis di mahkamah.
- Mendraf dan menyemak kontrak-kontrak dan surat-surat perjanjian yang akan ditandatangani oleh MDS.
- Menjalankan tindakan tuntutan tunggakan cukai harta sama ada melalui proses Mahkamah atau pun tindakan sitaan
Objektif
Melaksanakan dan menguatkuasakan Akta-akta dan Undang-undang Kecil yang digunapakai oleh Majlis bagi mewujudkan masyarakat yang mempunyai kesedaran dan mematuhi undang-undang serta memastikan masyarakat mendapat faedah penghidupan yang lebih selesa melalui penguatkuasaan undang-undang.
Piagam Pelanggan
- Kami akan berusaha untuk menyelesaikan masalah anda berhubung dengan undang-undang.
- Kami akan menjamin anda akan dilindungi oleh Undang-undang dan bukannya ditindas oleh Undang-undang.
- Kami menjamin hak kepentingan anda di sisi Undang-undang.