JABATAN PENGURUSAN
[ UNIT AUDIT DALAM ] |
||
[ UNIT KORPORAT ] |
UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)
Pengenalan
Pusat Setempat diwujudkan bagi memastikan perlaksanaan penambahbaikan sistem penyampaian dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan komprehensif demi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam serta meransang pertumbuhan ekonomi Negara. Pusat Setempat ini akan memproses permohonan–permohonan pembangunan tanah (Seksyen 124A dan 204D KTN), kebenaran merancang dan pelan bangunan secara serentak.
Perlaksanaan Pusat Setempat ini adalah sebagai hala cara baru bagi memendekkan tempoh masa bagi kelulusan pembangunan tanah sebagai alternatif bagi mempercepatkan proses kelulusan tanah dan secara langsung dapat meningkatkan sistem penyampaian prosedur dan proses cadangan pemajuan tanah di peringkat PBT ke arah menzahirkan perkhidmatan yang menyeluruh, cepat dan tepat serta memenuhi kehendak orang ramai.
Objektif
- Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah di Pejabat Tanah dan PBT yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain.
- Memendekkan norma masa proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan perakuan permohonan pembangunan tanah bagi projek di bawah Konsep Bina Kemudian Jual ( BKJ ), Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta Projek-projek Kerajaan.
- Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan dan Permohonan Pembangunan Tanah dengan mengambilkira peruntukan di bawah KTN 1965 ( Akta 56 ), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 ( Akta 133 ).
Fungsi
Fungsi Urusetia Pusat Setempat adalah sebagaimana berikut :
- Menerima cadangan permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah dan pelan landskap dari pemohon.
- Meneliti sama ada cadangan pemajuan yang diterima yang memenuhi kehendak asas atau syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT.
- Membuat edaran permohonan kepada Jabatan-jabatan Teknikal atau pihak yang terbabit untuk mendapatkan ulasan teknikal.
- Memantau permohonan-permohonan yang telah diedarkan.
- Memaklumkan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat mengenai cadangan pemajuan yang telah diterima.
- Mendapatkan maklumbalas lanjut dari Agensi Teknikal.
- Mengemukakan kertas perakuan terhadap cadangan pemajuan dan pelan pra-hitungan untuk mendapat kelulusan Jawatankuasa Pusat Setempat.
- Bertindak sebagai Urusetia Mesyuarat yang menetapkan tarikh mesyuarat akan diadakan dan menyediakan minit mesyuarat serta maklumbalas untuk edaran kepada ahli Jawatankuasa Pusat Setempat.
- Mengedarkan keputusan Jawatankuasa terhadap kelulusan cadangan pemajuan kepada Pentadbir Tanah bagi permohonan Seksyen 124A dan 204D KTN.
- Menyediakan kertas perakuan kelulusan untuk dibawa ke Mesyuarat Penuh PBT.
- Mengedarkan keputusan rasmi kepada pemohon.
Sila Klik Disini Untuk Melihat Jadual Jenis Permohonan