MENU

Lesen Anjing​

Maklumat Umum 
Adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 119 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171, atas mana-mana undang kecil yang berkaitan jika seseorang itu menjalankan perniagaan tanpa lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (dlm hal ini Majlis Perbandaran Segamat).  Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM 2000.00 atau penjara tidak lebih dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN  :-

Setiap permohonan lesen dibuat melalui borang yang boleh didapati dengan PERCUMA dari Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Segamat.

  1. Setiap borang permohonan hanya untuk seekor anjing sahaja.
  2. Sila sertakan dokumen berikut semasa membuat permohonan:
  3. Sesalinan kad pengenalan/ pasport pemohon
  4. 1 keping gambar terkini setiap seekor anjing yang ingin dilesenkan
  5. Sesalinan kad suntikan bagi setiap seekor anjing yang ingin dilesenkan.
  6. Surat perakuan dari Doktor Veterinar Berdaftar atau Jabatan Haiwan Kerajaan.
  7. Hantarkan borang yang telah lengkap diisi kepada Majlis Perbandaran Segamat dengan serahan tangan.
  8. Pemohon tidak dibenarkan memelihara lebih daripada seekor anjing di dalam rumah pangsa, dua ekor dalam rumah teres atau rumah link, tiga ekor di dalam rumah berkembar dan tidak melebihi empat ekor di dalam rumah banglo, kecuali mendapat KELULUSAN daripada YANG DIPERTUA MPS.
  9. Lesen Anjing hendaklah diperbaharui pada setiap tahun.

borang_permohonan_lesen_anjing.pdf

KEGAGALAN MEMPERBAHARUI DAN TIDAK MEMILKI LESEN ANJING BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN KOMPAUN SEHINGGA RM 1,000.00 SEBAGAIMANA UNDANG-UNDANG KECIL PELESENAN ANJING (MDSU) 1991

<<kembali>>

Pautan Laman

  • MyGov
  • MDEC
  • MAMPU
  • SPA
  • BLESS
  • KPKT
  • LHDN
  • SKMM
  • JOBS MALAYSIA